Di dalam bulan Muharam ini terdapat satu hari yang dinamakan Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharram pada setiap tahun hijrah. Ianya berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.. Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam.Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan, orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. - (Riwayat Bukhari).
Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad: “Puasa Asyura ada tiga darjat":
- Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.
- Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.
- Berpuasa 10 Muharram sahaja.”
Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”
Selain itu, terdapat berbagai-bagai peristiwa penting yang terjadi di dalam sejarah Islam pada 10 Muharam iaitu:

