
Pernahkah kita melihat senarai ramuan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut? Jika ya, tentu anda semua perasan terdapat kod-kod yang digunakan seperti E201, E322, atau pun sekadar nombor seperti 262, 296 dan sebagainya. Kod-kod ini menerangkan jenis bahan yang digunakan yang terdiri daripada ekstrak haiwan, tumbuhan mahupun sintetik.
Perlu diambil tahu, walaupun haiwan yang digunakan adalah haiwan selain babi, kita masih belum boleh mengklasifikasikannya sebagai halal kerana diragui sama ada ianya disembelih menurut cara Islam ataupun tidak. Jadi, kehalalannya masih boleh dipertikaikan melainkan terdapat pengakuan dari segi penjelasan dan bukti yang menunjukkan bahan itu dihasilkan hanya dari sumber yang halal.
Setelah dipastikan logo halal pada sesuatu produk, sila perhatikan juga kod-kod additif yang mungkin mengandungi bahan dari sumber yang tidak halal. Berikut merupakan kod-kod yang biasa digunakan dalam industri pembuatan makanan.
Additif yang HANYA terdiri daripada haiwan (TIDAK HALAL)
# E120
# E441
# E542
# E904
Additif yang terdiri sumber haiwan atau tumbuhan atau kedua-duanya yang boleh diragui.
#E47 #E101 #E120 #E160e #E160f
#E161b #E213 #E227 #E282 #E302
#E304 #E306 #E320 #E321 #E422
#E470 #E471 #E472 #E473 #E474
#E475 #E477 #E481 #E482 #E483
Additif yang terdiri sumber haiwan atau tumbuhan atau kedua-duanya yang boleh diragui (tidak menggunakan prefix-E)
#430 #431 #432 #433 #434
#435 #436 #476 #478 #491
#492 #493 #494 #495 #542
#544 #556 #570 #572 #620
#621 #622 #623 #627 #631
#635 #907
Tweet
No comments:
Post a Comment