Friday, December 10, 2010

Pertandingan Memancing - Ekspo Perikanan Lenggong 2010

Lenggong Joran 2010
Satu pertandingan memancing akan diadakan dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai berjumlah RM30,000 sempena Ekspo Perikanan Lenggong, Perak. Ekspo tiga hari yang akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu akan menyaksikan pameran industri perikanan serta gerai jualan berbagai-bagai produk tempatan.

Antara aktiviti lain yang diadakan selama tiga hari itu termasuk pertandingan kompang, forum Ehwal Islam, pertandingan memasak, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, gubahan dan hiasan, pertandingan karaoke, trialthon, pameran motosikal, kereta, vespa antik dan acara kemuncak adalah pertandingan memancing yang diadakan bertujuan memajukan Tasik Raban sebagai lokasi agro-pelancongan terbaru di Perak.

Pertandingan memancing ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Kota Tampan, Jabatan Perikanan Perak, Majlis Daerah Lenggong, KEMAS dan Persatuan Memancing Malaysia.

Lokasi : Tasik Raban, Lenggong, Perak

Tarikh :10-12 Disember 2010 

Kategori dipertandingkan & Hadiah:

1.  Bebas (Pancingan Dasar)
     Juara    : RM4,000 + hadiah iringan
     Kedua  : RM3,000 + hadiah iringan
     Ketiga  : RM1,000 + hadiah iringan

2.  Mengilat (Berkumpulan)
     Juara    : RM3,000
     Kedua  : RM2,000
     Ketiga  : RM1,000

     Mengilat (Individu)
     Juara    : RM2,000
     Kedua  : RM1,000
     Ketiga  : RM500

3.  Tradisional (Joran Buluh / Batang Bemban)
     Juara    : RM1,000
     Kedua  : RM700
     Ketiga  : RM300

Semua pemenang turut menerima hadiah iringan. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga akan ditawarkan berupa bot gentian kaca (fibreglass), motosikal dan barangan elektrik.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi setiausaha program di talian 013-5307784 atau Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) 019-3366862.


No comments:

Post a Comment