Monday, December 20, 2010

The Worst Accident Ever in Simpang Pulai - Cameron Highland


A total of 27 people were killed and 10 seriously injured in a road accident, when a tour bus carrying Thai tourists crashed in kilometre 15, Simpang Pulai - Cameron Highland Road at 11:40 this morning.

Perak deputy police chief Datuk Zakaria Yusof confirmed 22 people were killed on the spot, 4 died on the way to hospital and another at the Raja Permaisuri Bainun Hospital. The 2 who were killed were locals, the bus driver, known as Omar Shahidan, 48, and Soontorn s/o Kian, 38, a tourist guide (the descendants of Siam Malaysia), while the identity of the assistant bus driver has not yet been identified. 15 of those killed were women and 12 men.

The bus was on its way down from Cameron Highlands to Kuala Lumpur for the group of tourists that were believed to be taking the flight back to Bangkok. Initial investigations revealed that the bus driver has lost control and hit the road divider before the bus skidded into the opposite direction and reversed into the drain.

Police and Fire & Rescue Department received a call at noon and mobilize 100 members in the rescue operation. There are 37 people in a double-decker bus owned by San Holiday Express registration number AFX2266 and was registered in Perak but based in Changloon, Kedah.

Friday, December 17, 2010

Firma AS Labur RM1 Billion Bina Kilang Solar di Ipoh

Sebuah firma yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), Twin Creeks Technologies Incorporated (TCTI), akan melabur kira-kira RM1 bilion bagi membina kilang pengeluaran sel dan panel solar berkuasa tinggi di Kawasan Perindustrian Kanthan, Ipoh.

Kilang itu akan dibangunkan Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd (TCMSB), iaitu syarikat usaha sama TCTI dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan sebuah lagi syarikat kerajaan negeri Perak, The Red Solar (M) Sdn Bhd (TRS).

Fasa pertama kilang itu akan memulakan operasi pada 2012 dengan kapasiti pengeluaran 100 MegaWatt (MW) pada 2012, sebelum ditingkatkan kepada 500 MW pada 2014. TCMSB merancang meneruskan pembinaan fasa kedua pada 2015 di kawasan seluas 15 hektar yang mengunjur sehingga ke kawasan Perak Hi-Tech Park (PHTP).

Thursday, December 16, 2010

Hari Asyura (10 Muharam)

Di dalam bulan Muharam ini terdapat satu hari yang dinamakan Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharram pada setiap tahun hijrah. Ianya berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.. Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam.

Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan, orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. - (Riwayat Bukhari).

Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad: “Puasa Asyura ada tiga darjat":
  • Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.
  • Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.
  • Berpuasa 10 Muharram sahaja.”
Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Selain itu, terdapat berbagai-bagai peristiwa penting yang terjadi di dalam sejarah Islam pada 10 Muharam iaitu:

Friday, December 10, 2010

Pertandingan Memancing - Ekspo Perikanan Lenggong 2010

Lenggong Joran 2010
Satu pertandingan memancing akan diadakan dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai berjumlah RM30,000 sempena Ekspo Perikanan Lenggong, Perak. Ekspo tiga hari yang akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu akan menyaksikan pameran industri perikanan serta gerai jualan berbagai-bagai produk tempatan.

Antara aktiviti lain yang diadakan selama tiga hari itu termasuk pertandingan kompang, forum Ehwal Islam, pertandingan memasak, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, gubahan dan hiasan, pertandingan karaoke, trialthon, pameran motosikal, kereta, vespa antik dan acara kemuncak adalah pertandingan memancing yang diadakan bertujuan memajukan Tasik Raban sebagai lokasi agro-pelancongan terbaru di Perak.

Pertandingan memancing ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Kota Tampan, Jabatan Perikanan Perak, Majlis Daerah Lenggong, KEMAS dan Persatuan Memancing Malaysia.

Lokasi : Tasik Raban, Lenggong, Perak

Tarikh :10-12 Disember 2010 

Kategori dipertandingkan & Hadiah:

Thursday, December 9, 2010

Kanser Payudara Lelaki

Walaupun kanser payudara berlipat kali ganda lebih tinggi di kalangan wanita, lelaki juga sebenarnya berisiko mendapat penyakit ini. Berbeza dengan wanita, lelaki mempunyai hormon yang menghalang payudara dari membesar. Sebagaimana sel lain di anggota badan, sel di payudara juga mempunyai potensi untuk menjadi kanser walaupun ianya jarang berlaku. Terdapat 2 Jenis kanser payudara lelaki iaitu:

Adenocarcinoma
Hampir kesemua jenis kanser payudara berkembang di dalam kelenjar susu. oleh kerana itulah ia dipanggil adenocarcinoma dan terbahagi kepada dua jenis iaitu lobular carcinomas dan ductal carcinomas. Disebabkan lelaki biasanya tidak mempunyai kelenjar penghasil susu(lobules), kanser payudara jenis lobular biasanya hanya berlaku sebanyak 2 peratus pada adenocarcinoma lelaki. Manakala ductal carcinomas lebih berkemungkinan untuk berlaku dan ianya terbahagi kepada dua iaitu infiltrating carcinoma(IDC) dan ductal carcinoma in situ(DCIS).

Penyakit Paget pada Puting
Kanser jenis ini biasanya bermula dengan saluran payudara. Lama-kelamaan ia akan merebak ke bahagian kulit puting dan perlahan-lahan menyebabkan timbulnya kesan-kesan merah, berkerak dan bersisik. Sesetengah bahagian puting juga akan berasa gatal, melepuh, mengalami lelehan atau pendarahan. penyakit paget ini lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding wanita dan ia lazimnya merebak di bahagian puting sahaja.

Wednesday, December 8, 2010

Info Halal (Kod Prefix-E dan Nombor)

Seperti yang kita ketahui di dalam makanan yang kita ambil setiap hari terdapat berbagai-bagai pengawet, penambah perisa, kondisioner, pewarna dan penstabil makanan yang digunakan terutamanya di dalam makanan segera yang di-pek, di-tin ataupun dibotolkan. Tetapi sejauh manakah kita tahu akan status halal terhadap sesuatu makanan itu.

Pernahkah kita melihat senarai ramuan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut? Jika ya, tentu anda semua perasan terdapat kod-kod yang digunakan seperti E201, E322, atau pun sekadar nombor seperti 262, 296 dan sebagainya. Kod-kod ini menerangkan jenis bahan yang digunakan yang terdiri daripada ekstrak haiwan, tumbuhan mahupun sintetik.

Perlu diambil tahu, walaupun haiwan yang digunakan adalah haiwan selain babi, kita masih belum boleh mengklasifikasikannya sebagai halal kerana diragui sama ada ianya disembelih menurut cara Islam ataupun tidak. Jadi, kehalalannya masih boleh dipertikaikan melainkan terdapat pengakuan dari segi penjelasan dan bukti yang menunjukkan bahan itu dihasilkan hanya dari sumber yang halal.

Setelah dipastikan logo halal pada sesuatu produk, sila perhatikan juga kod-kod additif yang mungkin mengandungi bahan dari sumber yang tidak halal. Berikut merupakan kod-kod yang biasa digunakan dalam industri pembuatan makanan.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana pada hari ini kita masih dikurniakan nafas olehNya bagi meneruskan kehidupan untuk menambahkan amal ibadah sebagai bekalan sebanyak mungkin dan juga secara tak langsung dapat kita menyambut sambutan Maal Hijrah 1432 masihi pada hari ini. Maal Hijrah atau disebut juga sebagai Awal Muharram, adalah merupakan tahun baru di dalam kalender Islam yang mana telah meninggalkan bulan akhir (Zulhijjah) untuk memasuki bulan pertama di tahun baru (Muharram) berdasarkan takwim hijriah iaitu bulan-bulan di dalam kalender Islam.

Sepertimana tahun baru di dalam kalender konvensional (Gregorian), tahun baru di dalam kalender Islam juga menarik ramai individu terutamanya dari kalangan umat Islam untuk mencipta azam baru sebagai objektif yang harus dilunaskan yang merangkumi berbagai aspek kehidupan seperti kerjaya, pelajaran, kewangan dan sebagainya. Tujuannya adalah sama, iaitu menginginkan perubahan kepada yang lebih baik.