Thursday, November 25, 2010

15 Tips Menurunkan Berat Badan

1.Jangan Terlalu Drastik
Menghadkan jumlah kalori adalah tindakan wajar dalam usaha menurunkan berat badan.

2.Diet Rendah Kalori
Produk rendah kalori biasanya diambil daripada bahan-bahan pengganti yang berkalori rendah, sehingga total kalorinya menjadi terbatas.

3.Jangan Mudah Terpengaruh
Memakan produk berlabel "rendah kalori", "low fat" bukan bererti kita bebas menikmatinya begitu sahaja. Jika mengambilnya secara gelap mata bermakna kalori yang diambil juga turut meningkat tanpa disedari.

4.Antara Madu dan Gula
Madu mempunyai lebih khasiat berbanding gula dan biasanya kita mengambil madu secara berlebihan untuk mendapatkan rasa manis seperti gula. Sebenarnya paras kemanisan dan kalori antara madu dan gula adalah lebih kurang sama, tidak jauh bezanya.

5.Khasiat Buah
Buah yang berlemak, belum tentu kandungan kalorinya rendah. Justeru, buah yang kandungan karbohidratnya tinggi, sumbangan kalorinya pun tinggi. Dicadangkan untuk mengambil buah yang mempunyai banyak air seperti betik, limau dan tembikai.

6.Karbohidrat
Sekalipun kita tidak makan nasi, tetapi menggantikannya dengan mi goreng, kentang, makaroni ataua sebagainya kesannya sama saja seperti nasi.

7.Mengatur Masa
Mulai mengurangkan jumlah makanan sambil mengaturkan menu mengikut masa makan yang tetap dan jenis senaman sesuai.

8.Disiplin Tinggi
Cubalah beri tumpuan yang tinggi terhadap usaha untuk mencipta kebiasaan baru dalam rutin harian. Selepas itu, Lama kelamaan ia akan menjadi semakin mudah.

9.Minum Air Putih
Biasakan minum air putih dengan secukupnya terutamanya sebelum makan atau mengunyah sesuatu. juga mengambil air putih sebelum, semasa dan selepas bersenam.

10.Tidur Secukupnya
Badan memerlukan waktu rehat yang cukup(tidur) untuk membaiki dan memulihkan semua sel-sel tisu dan merehatkan organ-organ di dalam badan sebelum boleh digunakan secara optimum keesokan harinya.

11.Mengambil Sarapan Pagi
Sarapan adalah waktu makan yang paling penting dalam rutin harian kerana kalori yang diambil dapat digunakan sepenuhnya dalam aktiviti seharian. ia juga dapat mengurangkan jumlah makanan yang diambil saat makan tengahari.

12.Tinggakan Kebiasaan Buruk
Tinggalkan kebiasaan makan yang buruk seperti makan di tempat tidur, di meja komputer ataupun makan sambil menonton tv.

13.Senaman Regangan
Melakukan regangan dapat membantu melenturkan tubuh dan mengelakkan ketegangan otot dan membuatkan tubuh boleh melakukan apa sahaja. Amalkan senaman regangan selalu terutamanya sebagai warming up sebelum memulakan senaman berat.

14.Senaman Berat
Naik tangga, turun tangga. Ia cukup efektif kerana ia mempunyai kesan yang sama seperti berjogging. Tetapi awas, elakkan berkasut tumit tinggi. Selain berjongging dan berjalan laju, berenang merupakan aktiviti sukan yang paling baik untuk diamalkan

15.Jangan Singkirkan Nutrien Tertentu
Tubuh kita memerlukan air, beberapa nutrien yang penting antaranya vitamin, karbohidrat, protein, mineral, zat besi, serat dan sedikit lemak.


No comments:

Post a Comment