
Yang menariknya, (biasanya di kampung-kampung), para ibu bapa akan berpesan kepada anaknya supaya banyak berselawat dan berdoa sebelum keluar rumah dan ada sesetengahnya disuruh minum atau disapu air yang telah dijampi di muka bertujuan menguatkan semangat. Amalan ini mungkin dah hampir pupus terutamanya di bandar-bandar yang kehidupannya serba moden.
Tidak kurang juga ibu bapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menghantar dan mengambil anak mereka demi memberikan semangat dan dorongan terakhir sebelum anak mereka hadir "berperang" setelah belajar berhempas pulas siang dan malam. Boleh dikatakan ini adalah saat klimaks kepada semua usaha selama ini sebelum bertawakkal.
Pada pagi ini, sudah tentulah semua calon dikehendaki berada di dewan peperiksaan lebih awal sebelum peperiksaan bermula pada pukul 8.00 pagi. Apa yang telah dipelajari akan dicoretkan di atas kertas yang akan menentukan masa depan mereka sendiri. Yang pasti, tak ada seorang pun yang mahu gagal demi meneruskan perjuangan sehingga menjadi insan yang berjaya.
Diharapkan semoga semua calon selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh bersemangat seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
**Klik untuk melihat ► Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010
Tweet
No comments:
Post a Comment