Saturday, November 27, 2010

Stevia

Pernah dengar perkataan stevia? Satu ketika dulu heboh peniaga-peniaga mempromosikan produk stevia yang mempunyai banyak kelebihan. Tak kurang juga masih ramai yang tidak tahu apakah stevia. Mungkin pernah mendengar nama tapi tak tahu apa sebenarnya stevia tersebut.

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan genus yang merupakan antara 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Asterecea). Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Stevia adalah sejenis bahan pemanis yang boleh digunakan sama seperti gula dan jenis stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah dari spesis Rebaudiana.

Daun pokok stevia digunakan kerana kebaikannya sebagai pemanis yang tidak mempunyai KALORI dan ia tidak akan menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis (diabetic). Pemanis itu diperoleh menerusi pemprosesan daun pokok stevia yang dikeringkan.

Ia amat sesuai untuk golongan penghidap kencing manis dan sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan dalam hidup seharian. Mungkin disebabkan faktor harga yang agak mahal membuatkannya kurang mendapat sambutan. Harganya yang mencecah RM130-RM150 sekilogram telah membatalkan keinginan orang ramai untuk mendapatkan gula asli stevia tersebut kerana ianya diimport seratus peratus.

Tetapi suatu perkara yang perlu diambil tahu ialah kuantiti penggunaannya tidak sama seperti gula tebu biasa yang memerlukan kira-kira 2 sudu teh (10 gram) untuk memaniskan secawan teh. Tetapi apabila kita menggunakan gula stevia, untuk secawan teh kita hanya memerlukan kurang daripada 1 gram, iaitu jika dimampatkan saiznya kira-kira sekecil putik kapas.

Terdapat beberapa pengeluar yang menjual stevia ini buat masa ini melalui beberapa jenis produk minuman seperti soda, kordial, dan concentrate dengan menawarkan beberapa variasi perisa. Tetapi mungkin harganya sedikit tinggi jika dibandingkan dengan kordial biasa di pasaran. Justeru itu, mungkin tidak praktikal untuk menggantikan gula stevia dengan gula tebu biasa buat masa ini, tetapi mungkin membantu golongan yang mementingkan kesihatan dan khususnya yang berpenyakit.


No comments:

Post a Comment