Wednesday, November 17, 2010

Happy Eidul Adha

Ini adalah post pertama aku dalam blog ni yang kebetulan harini jatuh pada Hari Raya AidilAdha. Dan aku percaya ramai jugak di antara kita yang ibubapa, bapak sedara, mak sedara, kawan, jiran atau orang kampung yang pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam ke-5. Jadi, diharap semuanya selamat pulang dan mendapat Haji yang mabrur.


So, kita kat Malaysia ni dah tentulah pagi esok seawal jam 7 pagi semua umat Islam akan berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk mengerjakan Sembahyang Sunat Aidil Adha dan sesudah itu segelintirnya akan terus dengan ibadah korban.

Pada sesiapa yang tak pernah uruskan haiwan sembelihan seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya (ayam tak kira yer) tu sila-silalah terutamanya lelaki.  Sebenarnya pengalaman tu sangat berharga & menarik di samping dapat mengetahui berbagai teknik, cara dan petua dari orang-orang lama dan secara tak langsung kita dapat bermasyarakat.

Walaupun tak ambil "bahagian" dalam ibadah korban tu tapi berkorban tenaga membantu urusan ibadah korban tu pon secara tak langsung kita boleh dapat pahala hampir sama dengan orang yang ambil bahagian.. Jadi, jomlah beramai-ramai join ibadah korban ni. Sebelum tu aku nak ambik kesempatan ni mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.(dah macam baca khutbah pulak). 


No comments:

Post a Comment