Thursday, November 18, 2010

Ibadah Korban

Seperti diduga, selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha, ramai umat Islam khususnya kaum lelaki yang akan sibuk untuk menyertai ibadah korban di masjid-masjid dan surau-surau berdekatan. Begitu jugak dengan aku.

Selepas saja selesai solat sunat hari raya, aku pon balik ke rumah untuk menyalin pakaian dan mengasah pisau untuk digunakan sewaktu melapah. Lepas menjamah sarapan secara ala kadar(dah lambat) aku pon bergegas ke madrasah untuk membantu menjalankan ibadah korban.

Pada tahun ni, ada 9 ekor lembu akan dikorbankan di salah satu madrasah di Tambun ni. Sebaik sampai aku diberi tanggungjawab untuk membantu tekong menguruskan lembu korban yang ke-6, Sebelum sampai turn, aku sempat membantu merebahkan beberapa ekor lembu yang lain. Beberapa tahun lepas aku terpaksa berhempas pulas untuk menumbangkan seekor lembu yang boleh tahan ganasnya. Mujurlah lembu yang aku dapat tahun ni agak jinak.

Bila sampai turn aku macam biasalah, tukang sembelih akan datang dengan golok hikmat dia (macam golok dalam cerita keris hitam bersepuh emas). Lepas dah selamat dikorbankan, bermulalah tugas aku sepenuh masa untuk melapah, memotong, merobek dan me...(aper lagi ntah). Nasib baik la pisau aku berkhidmat dengan cemerlang, so senang la sikit nak buat kerja. Walau bagaimanapun, aku still tak confident nak uruskan spare part dalam perut lembu tu takut-takut terkena hempedu (tak pasal² pahit daging tu) walaupun dah 2-3 kali mencuba. so aku terpaksa serahkan pada yang lebih berpengalaman. Yang bestnya, banyak jugak skill-skill baru yang aku dapat.

Dah selesai semuanya, sampailah masa "kita minum dulu". Aku rasa mau dalam 8 cawan air oren kat surau tu aku tibai (air free ni memang sedap). Sambil duduk tengok orang lain timbang daging tu tiba-tiba terdengarlah azan zohor. Lepas tu barulah di agih-agihkan daging korban tu  pada orang-orang kampung terutamanya pada fakir-fakir miskin dan aku yang dah "flat" ni pon ambik bahagian aku dan pulang dengan kepuasan.


No comments:

Post a Comment